kursus

kursus
<




Thursday, October 23, 2008

Jom mAin-mAin maSak-maSak....

Cendawan ayam tauchu

bahan-bahan

ayam (dalam 1/2 ekor sederhana besar - potong kecik2)
cendawan butang (1 tin potong dua)
tocu (2-3 sudu depending on brand sebab ada brand yang lebih masin. teman pakai bilal atau tamin :D)
bawang putih (5 ulas mayang halus)
bawang besar (sebab teman suka banyak bawang, teman guna 2 buku)
halia muda (dalam sebesar ibu jari - hiris panjang nipis2)
cili hijau (sesuka hati)
air asam jawa (secukup rasa)

caranya:

1) tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.
2) masukkan tocu, tumis sampai garing sikit. jaga api jangan kuat sangat nanti hangus pulak
3) then masukkan ayam. gaul rata, pastu tutup dalam 5 minit.
4) masukkan cendawan butang, air asam jawa. kalau nak letak asam gelugor pun boleh, tambah air. biar mendidih, ayam masak.
5) tambah garam kalau tak cukup masin, gula sikit.
6) last sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili hijau yang dibelah 2. dah mendidih kali kedua, boleh la angkat dan hidang. makan dengan nasi panas.

Ayam masak cendawan

Bahan-Bahan:

500 gm ayam potong kecil dan buangkan kulit
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
1 inci halia (mayang)
1 tin cendawan butang dalam tin [belah 2]
1/2 tin kacang peas hijau
1 batang carrot kecil [potong ikut suka]
1 biji lada benggala merah (dipotong dadu)
1 paket perencah Maggi Ayam Cendawan + 1/2 cawan air
[boleh gantikan ngan 1 paket cendawan tiram kelabu dicincangkan + 1 s/k tepung jagung + 1/2 cawan air ]
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Daun bawang - untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan satu sudu besar minyak masak dan bahan yg dimayang hingga naik baunya.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga agak masak.
3. Masukkan carrot, cendawan butang, ayam dan kacang peas hijau. Biarkan di atas api hingga lembut & masak.
4. Masukkan lada benggala dan biarkan seketika.
5. Angkat dan taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.
6. Boleh dimakan dgn nasi or roti.

Pasta with mushroom and garlic

Bahan-bahan

225 gm pasta (makaroni boleh ... apa2 shape pun boleh .. asalkan pasta)
25 gm butter
225 gm button mushroom (hiris nipis atau potong dua)
25 gm tepung gandum
300 ml susu
150 ml krim
Bawang putih (2 ulas, cincang halus)
Garam
Lada putih @ hitam (secukup rasa)
225 gm daging ayam (potong kecik2)

Cara:

1) Didihkan air dalam periuk. letak garam sikit, masukkan pasta. masak sampai pasta masak. bila dah masak, toskan.
2) Cairkan butter, tumiskan bawang putih sampai naik bau. pastu masukkan ayam.
3) Masukkan cendawan. masak dalam 2,3 minit.
4) Campurkan tepung. Pastu letak susu, krim, garam, lada.
5) Bila dah mendidih (make api sederhana je) .... terus letak atas pasta. nak sedap cincang daun parsley .. taburkan ... pastu makan panas2.


SELAMAT MENCUBA...HASILNYA...NYUMNYUMNYUMMMMM

Cendawan Tiram Kelabu


Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium (K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Antara jenis cendawan yang paling popular dan digemari pada masa kini ialah Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifik ialah Pleurotus Sajor Caju. Kepada anda yang baru menceburi bidang ini terutamanya memikirkan tentang cara pemasaran, boleh menggunakan maklumat dan manfaat kesihatan cendawan ini untuk diterangkan kepada prospek anda. Berikut adalah kandungan khasiat pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100 gm berat basah). ..

Pecahan Zat Pemakanan


Tenaga : 37.0 Kcal

Air : 89.2 gm
Protin : 3.6 gm
Lemak : 0.7 gm

Karbohidrat : 4.1 gm

Serat : 1.8 gm
..
Zat Galian Kalsium : 2 mg
Fosforus : 88 mg

Zat Besi : 1 mg

Natrium : 6 mg

Kalium : 195 mg
..
Vitamin
B1 : 0.03 mg
B2 : 0.46 mg
Niacin : 1.9 mg
C : 9.4 mg
..

Selain daripada khasiat di atas, cendawan tiram kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
Satu lagi kelebihan cendawan terutama sekali ditanam secara komersil adalah ia tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun kawalan perosak. Maka tidak hairanlah semakin ramai pengguna di negara ini menggemari cendawan terutama Cendawan Tiram Kelabu sebagai salah satu makanan pilihan dalam kehidupan seharian mereka.

Friday, October 10, 2008

PERJALANAN HIDUP USAHAWAN CENDAWAN KUALA...

trima kasih saya ucapkan kepada sedare mare yang begitu semangat bekerja tanpa gaji...hehehehe...

prebet-prebet kecik pun tak ketinggalan memerah keringat...

betapa seriusnya saya bekerja sampai tak pandang kamera...hahahaha

Setelah lame berpenat lelah.....inilah rupanya rumah cendawan saya...walaupun tidak banyak tapi hasilnya cukup membanggakan saya...insyaallah at the end of this year saya akan penuhkan rumah nih...hehehe

Pagi-pagi dah dapat tengok cendawan yang keluar berasap-asap...memang rase seronok habis....

Hasil yang pertama..........trima kasih kepada semua yang membantu...


saya dan sepupu saya sapuan a.k.a assistant saya sedang cibuk packing cendawan after suboh...ngantuk pun ngantuk lah...janji masyukkkk...

Tuesday, October 7, 2008

Petani era modenisasi...

Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk memilih cendawan sebagai pilihan kerjaya anda yang utama atau sampingan apa yang perlu anda fikir adalah seperti berikut:

a. Modal - Pastikan anda mempunyai modal yang bukan hanya cukup-cukup, tetapi lebih dari itu. Paling kurang 50% lebih dari modal awal. Contoh, sekiranya modal permulaan perniagaan anda ialah RM30,000, pastikan anda mempunyai lebihan tunai sebanyak RM15,000 sebagai sokongan sekiranya sesuatu berlaku pada perniagaan anda. Elakkan bergantung kepada pinjaman bank untuk permulaan projek kecualilah anda berniat untuk menjalankan projek ini sebagai pendapatan tambahan selain dari kerjaya sediaada.

b. Tempat - Pilih tempat yang sesuai. Jangan pilih tempat main tangkap muat sahaja. Bukan kerana sewanya rendah, atau tanah sendiri, atau tiada pilihan. Pemilihan tempat adalah faktor yang paling penting kerana cendawan teramat sensitif kepada keadaan persekitaran. Pilih kawasan yang bersih, tiada pencemaran, jauh dari tempat pembakaran, banyak pokok-pokok, redup dan yang paling penting ia tidak kotor.

c. Pembekal Bahan Mentah- Cari pembekal yang boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi soal benih. Hanya kerana harga yang murah, sekali ia rosak, ia akan menyebabkan kerugian yang teramat tinggi. Berpuluh kali ganda dari harga benih. Rajin bertanya kepada pengusaha cendawan yang lain. Mana benih yang baik dan mana yang tidak baik. Beli pada kuantiti yang sedikit sekiranya benih dibeli dari pembuat benih baru. Sebaiknya minta sampel percuma dan cuba. Selepas itu baru beli pada kuantiti yang banyak. Perlu SANGAT BERHATI-HATI dalam soal BENIH ni... dah ramai yang terkena. Pembekal biasanya tidak mahu bertanggungjawab.

d. Pekerja - cari pekerja yang benar-benar ingin bekerja. Dan jangan sekali-kali terasa mampu menjalankannya bersendirian. Apatah lagi kalau kita jauh dari keluarga dan tiada saudara mara. Ia memang amat-amat memenatkan. Kecuali lah kita sudah berkeluarga, dekat dengan saudara-mara. Pastikan pekerja juga orang yang tahan lasak. Pekerja lelaki adalah lebih baik dari pekerja perempuan kerana mereka lebih mampu melakukan kerja berat. Atau bahagikan tugas yang berat seperti bagging untuk lelaki dan tuaian hasil/pembungkusan untuk wanita. Wanita pun nak kerja jugak. Tiada diskriminasi. Tapi kalau guna mesin perkara ni tak jadi masalah besar.

e. Kerosakan/kerugian/serangan penyakit - Anggaplah satu musim yang pertama sebagai ujian. Dan sematkan dalam hati kalau gagal sekalipun takpe, boleh cuba lagi. Cendawan adalah tumbuhan yang teramat sensitif. Kerosakan adalah perkara biasa untuk sesetengah tempat. Sebab itu faktor (b) adalah sangat penting. Dan faktor (a) perlu sebagai sokongan. Pernah dengar tak ayat ni, "Kerugian yang dialami oleh sesuatu perniagaan pada tahun pertama pengoperasiannya masih tidak di kira rugi"? Ia adalah perkara biasa. Tetapi janganlah tidak perlu rasa apa-apa kalau perniagaan ita rugi. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

f. Buat Kajian - Kajian atau research dalam BInya adalah perkara penting dalam penanaman cendawan. Kesesuaian formulasi juga bergantung kepada keadaan persekitaran yang berkaitan langusng dengan tempat atau lokasi projek. Cuba gunakan kaedah terkini. Kaji kesesuaiannya dan gunakan sekiranya ia berkesan. Teknologi terkini adalah penambaikan dalam pertanian. Tetapi kadang-kadang tidak semua tempat sesuai dengan teknologi baru. Buat pilihan yang terbaik mengikut kesesuaian.

g. Langkah Berjaga-Jaga - Jangan tunggu sehingga kita ditimpa masalah baru kita ingin membuat perubahan atau menitik-beratkan perkara yang penting terutamanya tentang prosedur yang paling berkesan dan baik untuk penanaman cendawan. Ikutinya dari awal. Banyakkan membaca dan bertanya.

h. Buat Lawatan Sambil Belajar - Tidak salah kita ke tempat orang untuk melawat. Pergi lah ke beberapa pengusaha cendawan yang menjalankan projek mereka di lokasi yang berlainan latar belakang. Tanya masalah utama mereka. Ramai yang datang selalu bertanya soal keuntungan, berapa pendapatan syarikat, itu soal yang agak sensitif. Boleh bertanya tapi cuba kira sendiri dari hasil pengeluaran cendawan sebulan mereka. Yang paling penting anda tanya bila membuat lawatan adalah masalah-masalah yang pernah mereka alami dan cara mereka mengatasinya. INGAT, cendawan adalah tumbuhan yang sensitif. Keuntungan itu penting, tetapi kalau ia terkena penyakit, untung itu entah ke mana.

h. Pasaran - Ramai yang punya dana yang cukup untuk menjalankan projek ini. Ada tempat. Tiada masalah apa-apa pun untuk bermula. Tetapi sesuatu yang selalu dirisaukan adalah pasaran. Kita jangan menunggu pasaran mencari kita, tetapi kita mencari pasaran. Boleh tanya kedai-kedai runcit, restoran, pasar atau pun kita mulakan dengan Ladang Kontrak atau Contract Farming. Harganya rendah tetapi cukup untuk permulaan. Tidak pun, tanya pengusaha-pengusaha lain. Pasti mereka akan membantu kita kalau tidak banyak sedikit.

i. Hubungan Dengan Agensi Berkaitan- Cuba jalinkan hubungan yang baik dengan agensi-agensi berkaitan. Bukan dengan tujuan hanya untuk kita meminta bantuan kewangan. Tetapi sebagai tempat kita mendapatkan teknologi terkini, khidmat nasihat atau lain-lain yang berkenaan. Kalau tidak hari ini mereka membantu kita, pasti di masa depan ada sesuatu manfaat yang boleh kita perolehi.

j. Hubungan/Jaringan Antara Pengusaha - Mereka adalah saingan kita. Tetapi itu bukannya faktor untuk kita tidak menjalinkan hubungan yang baik bersama mereka. Sebenarnya merekalah yang boleh membantu kita. Saling berkongsi pengalaman, bersama-sama mencari pembekal yang berkualiti, murah serta sumber kita mendapatkan pembeli atau pemborong hasil tanaman kita. Tetapi bukan setiap masa kita hendak bergantung kepada mereka. Usaha sendiri adalah lebih penting. Namun jaringan ini banyak manfaatnya.

Setakat itu dahulu sedikit sebanyak yang mampu saya kongsi bersama pembaca. 10 tips dan panduan untuk memulakan projek dan selepas projek berjalan. Niat saya, suatu hari nanti adalah untuk menerbitkan buku panduan tentang ini. Ada rezeki saya ingin jalankan kajian yang menyeluruh bagaimana cara atau langkah untuk mengurangkan serangan penyakit kepada cendawan. Kerana saya sudah mengalami bagaimana teruknya sekiranya serangan penyakit berlaku kepada tanaman kita. Ini adalah perkara penting yang selalu menjadi masalah besar kepada pengusaha baru yang tiada pengalaman. Kalau tidak saya pun yang menjalankan kajian tersebut, mungkin ada di antara pelajar-pelajar universiti yang membaca tulisan saya mendapat sedikit idea untuk kajian projek master mereka. Saya akan memberikan kerjasama untuk tujuan itu. Semoga apa yang saya coretkan boleh dijadikan sedikit panduan bagi semua yang berminat untuk mengusahakan projek ini di masa depan.



Satu perkara lagi, LAKSANAKANLAH PROJEK INI KERANA MINAT DAN KESUNGGUHAN BUKAN KERANA IKUT-IKUTAN DAN KEUNTUNGANNYA SAHAJA...

Taken from

Usahawantani Cendawan-Fatisha Agro Farm