kursus

kursus
<




Wednesday, June 17, 2009

Laporana Kursus DAF

Alhamdulilah syukur kehadratNya kursus kali pertama pada 23 Mei 2009 telah selamat dijalankan dengan jayanya walaupun hanya seorang peserta.Walaupun hanya seorang peserta segala perjalanan kursus berjalan dengan lancar.Pihak Dun Agro Farm mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Au Mun Cheong kerana mempercayai kami. Sedikit gambar sepanjang aktiviti kursus dijalankan.

Wednesday, June 10, 2009

Expansion plan in progress..

Rumah No 3 DAF masih dalam pembinaan.Insyallah dijangkakan siap sebelum tiba bulan Ramadhan ini.Kapasiti rumah No 3 ini lebih kurang 5000 bongkah cendawan...Untuk pengetahuan,semua pembinaan dan pembangunan di DAF ini,kami tidak menggunakan tenaga luar.


Delivery..Rempit ke ipoh

Dengan berkudakan moto adik saya LC135 saya dengan selambernya merempit ke Ipoh untuk memenuhi pesanan dari kawan-kawan kakak saya.Kapasiti muatan yang dibawa lebih kurang 5kg.Alhamdulillah..khidmat penghantaran tiba sebelum yang dijanjikan...




Sejenak di Dun Agro Farm..

Lame sudah rasanye kami tidak update blog kami.Tapi tak bermakna kami telah berhenti operasi.Untuk makluman semua,kami di Dun Agro Farm sedang bertungkus lumus untuk memperbesarkan dan meningkatkan lagi produktiviti DAF.Output bilangan bongkah cendawan yang kami keluarkan sehari dalam 350 bongkah setiap hari.Itulah sebabnya nak update blog pun tak sempat.Lagipun saya banyak pergi menghadiri kursus-kursus sejak kebelakangan ni.Gambar-gamar dibawah ni adalah kawasan sekitar DAF..